Wozniacki Yakin Juarai Terbuka Malaysia BMW

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain wanita nombor satu dunia Caroline Wozniacki yakin beliau mempunyai peluang yang cerah untuk merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia BWM di Kelab Golf Diraja Selangor, yang bermula Isnin dan berakhir 3 Mac.

Kini di kedudukan ke-10 ranking dunia, Wozniacki yang bakal membuat penampilan sulung pada kejohanan itu, berkata permainannya bertambah baik setiap tahun dan beliau yakin boleh merampas semula gelaran pemain nombor satu dunia pada tahun ini.

"Bagaimanapun, fokus saya kini ialah memenangi Terbuka Malaysia meskipun saya tahu setiap pemain membuat persediaan rapi untuk kejohanan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sejak penampilan sulung pada Persatuan Tenis Wanita (WTA) pada 2005, Wozniacki memperbaiki kedudukan beliau dalam ranking pada setiap hujung tahun sehingga berada di tempat teratas pada 2010 dan 2011 serta memenangi 20 kejohanan perseorangan setakat Oktober 2012, iaitu masing-masing tiga pada 2008 dan 2009, masing-masing enam pada 2010 dan 2011, dan dua pada 2012. Wozniacki berkata beliau sentiasa bekerja keras untuk berada di kalangan pemain terbaik dunia.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan