Pemain Kembar Pliskova Tidak Sabar Untuk Beraksi Dalam Acara Tenis Beregu Wanita

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Karolina dan Kristyna Pliskova dari Republik Czech tidak sabar untuk beraksi pada kejohanan tenis Terbuka Malaysia BMW 2013 bagi acara beregu wanita.

Adik beradik kembar itu berkata walaupun mereka pernah bermain dalam beberapa perlawanan akhir Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan beberapa kali meraih gelaran juara Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), tetapi tidak berpeluang untuk menyertai kejohanan beregu utama sejak hampir empat bulan lepas.

"Saya rasa mampu sampai ke peringkat separuh akhir dan oleh itu kami perlu memberi yang terbaik pada kejohanan ini," kata Karolina di sini pada Selasa selepas mengalahkan Casey Dellacqua dari Australia 6-3, 6-2 dalam acara perseorangan wanita.

Karolina menjadi juara perseorangan sebanyak sembilan kali dan juara beregu enam kali dalam jelajah ITF.

Pada 2010, pemain ini menjuarai acara perseorangan wanita Terbuka Australia setelah mengalahkan Laura Robson pada perlawanan akhir.

Kembarnya, Kristyna, pemain nombor 99 dunia dan juara dua kali bagi acara perseorangan serta lima kali bagi acara beregu dalam jelajah ITF, menjuarai kejohanan Wimbledon 2010 kejohanan perseorangan wanita dengan mengalahkan Sachie Ishizu 6-3, 4-6, 6-4.

Pasangan kembar ini tiba di sini dari Dubai pada Jumaat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan