Nicol Gagal Pertahankan Kejuaraan Cleveland Classis

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraan Cleveland Classic di Ohio, Amerika Syarikat, selepas dikejutkan sekali lagi oleh pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily, pada final, Rabu.

Menurut laman web www.squashsite.co.uk., bintang muda Mesir berusia 24 tahun itu mencapai kemenangan kedua ke atas Nicol selepas Terbuka Malaysia tahun lepas dengan melakarkan catatan 3-2.

Bagaimanapun, Nicol, 29, selaku pemain nombor satu dunia, memulakan langkah bergaya dengan memenangi set pertama 11-3 sebelum El Weleily bangkit di set kedua dengan 11-5.

Nicol kemudian mengatasi lawannya pada set ketiga dengan keputusan 11-9 sebelum El Weleily menguasai permainan pada dua set terakhir dengan kemenangan 11-5 dan 11-9.

Sementara itu, Nicol menerusi Twitternya, berkata beliau berpuashati dengan prestasinya walaupun kalah di tangan pemain utama Mesir itu.

"Raneem (El Weleily) menjuarai gelaran ini selepas saingan sengit 3-2. Minggu yang hebat di Cleveland dan akan kembali semula tahun depan," kata Nicol. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan