Gelaran Juara Pembakar Semangat Theiviya

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain tenis perseorangan kebangsaan, Theiviya Selvarajoo mengakui gelaran juara yang diraih pada pusingan pertama Sirkit Tenis Kebangsaan BMW 2013 yang berakhir pada Rabu merupakan landasan terbaik untuk dirinya meraih tiket wild card Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW Februari ini.

Theiviya meraih hadiah wang tunai bernilai RM1,200 selepas menewaskan Yus Syazlin Nabila Yusri pada aksi akhir, Rabu.

Biarpun perjalanan kariernya masih jauh, Theiviya yakin ini adalah permulaan baginya untuk memperbaiki prestasi ke arah yang lebih tinggi.

"Saya berpuas hati dengan sirkit lima hari ini dan ia bukan mudah untuk bergelar juara. Sebelum ini saya terpaksa berehat selama dua bulan kerana kecederaan di hamstring.

"Esok (Khamis) saya bersama tiga lagi pemain lain akan berangkat ke Kazakhstan bagi menyertai Fed Cup. Cabaran di sana bukan mudah, dan kami akan cuba melakukan yang terbaik," katanya kepada media selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang sirkit ini.

Pemain berusia 19 tahun ini juga berharap tahun ini dia mampu beraksi secara konsisten sekaligus dapat mengutip kedudukan ranking dunia.

"Ada beberapa lagi kejohanan besar, dan saya akan cuba perbaiki kelemahan yang ada dan menjalani latihan dengan lebih tekun," tambahnya.

Sementara itu seorang lagi pemain kebangsaan, Aslina Chua yakin kejohanan sirkit ini serta Fed Cup nanti akan dijadikan sebagai pemanas badan sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia.

Aslina, 17, berjaya meraih wildcard pada Terbuka Malaysia selepas aksi memberangsangkan pada Sirkit Master Tenis Kebangsaan bulan lalu.

"Secara realistiknya saya sedar aksi pada Terbuka Malaysia amat sukar. Ia merupakan aksi pertama dalam kejohanan berprestij negara ini.

"Namun apa yang saya yakin, saya tidak akan memberi kemenangan mudah kepada lawan saya nanti," jelasnya.

Kejohanan Sirkit Tenis Kebangsaan BMW ini merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan BMW Malaysia bagi memberi peluang kepada pemain-pemain muda beraksi sebelum terpilih menyertai skuad kebangsaan.

Pada pusingan pertama ini menyaksikan seramai 128 pemain perseorangan lelaki dan wanita serta 64 pasukan dalam acara beregu menyertai sirkit ini bermula 26-30 Januari.

Sebanyak RM30,000 hadiah keseluruhan disediakan bagi setiap pusingan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan