Lagenda Badminton Eddy Choong Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara yang pernah menjuarai perseorangan All-England sebanyak empat kali, Datuk Eddy Choong, meninggal dunia akibat sakit tua di Pulau Pinang, Isnin.

Choong, 83, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Pakar LohGuanLye, Pulau Pinang kira-kira pukul 3.00 petang selepas dimasukkan ke pusat perubatan swasta berkenaan sejak seminggu lepas.

Kematian Choong disahkan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh yang dimaklumkan mengenainya oleh ahli keluarga mendiang.

"Saya terkejut mendengar berita ini dan ia satu kehilangan besar buat BAM dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain menjadi juara empat kali acara perseorangan lelaki Kejohanan All-England edisi 1953, 1954, 1956 dan 1957 mendiang juga adalah ahli pasukan Piala Thomas Malaya pada 1955 yang berjaya mempertahankan gelaran berpasukan dunia itu.

Pada 1958 pasukan itu tumpas kepada Indonesia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan