Terbuka Australia: Ferrer Nyaris Tersingkir Saingan Suku Akhir

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Ferrer
David Ferrer

PEMAIN pilihan keempat, David Ferrer bangkit selepas tewas pada set pertama dan kedua menumpaskan rakan senegara, Nicolas Almagro 4-6 4-6 7-5 7-6 6-2 sekaligus menempah tiket ke saingan separuh akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia, Rabu.

Ferrer yang sememangnya terkenal sebagai 'pejuang' nyaris tersingkir ketika menentang Almagro pada set ketiga ketika kedudukan 5-4.

Namun dia tidak mudah mengalah dan cuba menggunakan kepakarannya bermain di baseline bagi memastikan set ketiga menjadi miliknya.

"Perlawanan ini dianggap satu keajaiban. Saya akan cuba yang lebih baik selepas ini, lebih daripada hari ini.

"Saya perlukan rehat, tetapi saya hanya tempoh sehari setengah sahaja," jelasnya yang bakal berdepan dengan Novak Djokovic pada aksi separuh akhri nanti.

Ferrer,30, sebelum ini tewas dalam semua empat pusingan separuh akhir Grand Slam, termasuk tewas kepada pemain nombor satu, Djokovic pada Terbuka Amerika Syarikat 2007 dan tahun lalu.

Sementara itu Almagro agak kecewa ketika nyaris meraih kemenangan, tetapi membiarkan Ferrer mendahuluinya pada dua set terakhir kerana kecederaan di kaki.

"Saya tidak mahu mengatakan ia masalah mental. Jika saya mempunyai masalah itu, saya tidak akan menang set dua set pertama," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan