Terbuka Malaysia: Peng Soon-Liu Ying Tewas Aksi Akhir

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk memadam rekod 50 tahun meraih trofi Kejohanan Terbuka Malaysia Maybank musnah apabila tewas 13-21, 18-21 kepada pasangan dari Denmark, Fischer Nielsen Joachim -Perdersen Christinna pada aksi akhir di Stadium Putra, Ahad.

Peng Soon-Liu Ying turun selaku pemain pilihan pertama kejohanan gagal menyekat pemguasaan pasangan pilihan kedua itu apabila tewas pada set pertama 21-13.

Namun pada set kedua Peng Soon-Liu Ying yang kini menduduki ranking ketiga dunia cuba bangkit mengejar tetapi beberapa kesilapan memakan diri mereka sekali gus tewas straigh set dalam tempoh 45 minit.

Joachim-Christinna mula bergandingan buat kali pertama pada tahun 2008 pada Terbuka Denmark dan kini mereka menduduki ranking keenam dunia dalam acara beregu campuran ini.

Kali terakhir Malaysia meraih juara dalam acara beregu campurn ini ialah pada tahun 1963 melalui gandingan Tan Aik Huang-Teoh Siew Yong.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan