Terbuka Malaysia: Chong Wei Hampiri Gelaran Kesembilan, Beregu Campuran Ke Final

Diterbitkan: Ahad, 20 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya selangkah sahaja lagi untuk Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran kesembilan Terbuka Malaysia selepas menang ke atas pemain Denmark, Jorgensen Jan O pada aksi separuh akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.

Chong Wei bermula garang mengetepikan pemain berusia 25 tahun pada set pertama dengan 21-13.

Namun berbeza dengan set kedua, Jan O bangkit mengejar dengan kemenangan berpihak kepadanya, 21-17.

Chong Wei yang baru menjuara Terbuka Korea baru-baru ini diheret bermain sehingga rubber set dan terpaksa bekerja keras dalam memastikan tiket ke final berada di genggamannya dengan kemenangan 21-12 dalam tempoh 55 minit.

Pemain berusia 30 tahun itu bakal bertemu Sony Dwi Kuncoro pada aksi final esok (Ahad) selepas pemain Indonesia itu menewaskan jaguh pilihan kedua dari Jepun, Tago Kenichi, 21-12,19-21,23-21.

Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon / Goh Liu Ying turut mara ke aksi akhir buat kali pertama pada kejohanan apabila berjaya menundukkan pasangan dari Poland, Mateusial Robert /Zieba Nadiezba 12-21 ,21-18, 21-16.

Peng Soon/Liu Ying selaku pasangan pilihan pertama kejohanan ini bakal berentap dengan pasangan pilihan kedua dari Denmark, Fischer Nielsen/Pedersen Christinna.

Selain itu, agak hampa bagi aksi beregu lelaki apabila wakil Malaysia, Goh V Shem/ Lim Khim Wah gagal menyaingi kepantasan pasangan dari Korea, Ko Sung Hyun/ Lee Yong Dae apabila tewas mudah 21-11,21-15.

Sung Hyun/Yong Dae merupakan pasangan pilihan keenam kejohanan bakal berentap dengan Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan dari Indonesia.

Mohammad/Hendra mengetepikan pasangan dari China, Chai Biao/Liu Xiaolong 21-12,21-11 sebelum mara ke saingan akhir.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan