Li Na Tempah Laluan Mudah - Raket | mStar

Li Na Tempah Laluan Mudah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Li Na mara ke pusingan keempat dengan mudah.
Li Na mara ke pusingan keempat dengan mudah.

MELBOURNE: Pemain pilihan keenam, Li Na menundukkan lawannya, Sorana Cirstea dari Romania 6-4, 6-1 di Rod Laver Arena untuk menempah laluan mudah ke pusingan keempat Tenis Terbuka Australia, Jumaat.

Ketiadaan juara grand slam empat kali, Kim Clijsters yang menyingkirkannya pada pusingan keempat tahun lalu menjadi bonus buat Li Na pada kejohanan kali ini.

"Saya sentiasa cuba mempamerkan persembahan terbaik di atas gelanggang dan kehilangan banyak tenaga. Buat masa ini, langkah pertama yang perlu saya ikut adalah berhenti mendesak diri sendiri," katanya.

Sejak memenangi kejohanan di Roland Garros, Li Na gagal menyerlah dalam beberapa kejohanan utama yang lain.

Namun, pemain kelahiran China berusia 30 tahun itu berazam berada dalam kelompok ketiga pemain terhebat.

"Saya mahu mengisi tempat tiga teratas. Ini adalah sasaran utama saya walaupun tahu ia sukar tetapi tiada apa yang mustahil," katanya.

Sementara itu, pemain nombor empat dunia yang kini berada pada prestasi terbaiknya, Agnieszka Radwanska mencatat kemenangan ke-12 berturut-turut pada Jumaat untuk layak ke pusingan keempat setelah menyingkirkan Heather Watson.

Radwanska yang tidak pernah melangkah sehingga ke suku akhir di Melbourne Park, terlalu handal buat pemain Britain itu setelah melakar kemenangan 6-3, 6-1 dalam masa 84 minit.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan