Badminton Terbuka Malaysia-Maybank: Beregu Campuran, Beregu Lelaki, Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying hanya mengambil masa 30 minit untuk menewaskan rakan sepasukan negara, Tan Aik Quan/Lai Pei Jing pada aksi suku akhir Terbuka Malaysia Maybank di Stadium Putra Bukit Jalil, Jumaat.

Peng Soon-Liu Ying menjadi pasangan pilihan pertama kejohanan ini menang 21-13,21-14 ke atas pasangan junior negara ini.

Pada aksi separuh akhir nanti, mereka bakal bertemu pasangan pilihan keempat dari Poland, Mateusiak Robert/Zieba Nadiezda.

Menurut Peng Soon, mereka menaruh kayakinan tinggi untuk menang perlawanan separuh akhir nanti memandang rekod tidak pernah kalah kepada kedua-dua pasangan itu sebelum ini.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan, Datuk Lee Chong Wei menang mudah, 21-12, 21-9 ke atas pemain Hong Kong, Yun Hu dalam tempoh 24 minit.

Dengan kemenangan ini juga, menyaksikan hanya Chong Wei sahaja yang bakal menggalas cabaran ke separuh akhir dalam aksi perseorangan setelah seorang lagi pemain perseorangan kedua, Daren Liew tewas pada aksi yang sama.

Chong Wei yang telah menjuarai lapan kali kejohanan ini bakal berdepan dengan pemain pilihan keenam dari Denmark, Jorgensen Jan O pada aksi separuh akhir nanti.

Selain itu, pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem / Lim Khim Wah berjaya menundukkan pasangan dari Korea Selatan, Kang Ji Wook/ Lee Sang Joon, 21-14,21-16.

V Shem/ Khim Wah mara ke pusingan suku akhir secara percuma selepas pasangan beregu utama, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong menarik diri pada saingan ketiga.

Mereka bakal bertemu pasangan pilihan keenam dari Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae pada aksi separuh akhir nanti.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan