Terbuka Malaysia: Chong Wei Menang Mudah, Mara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara lapan kali badminton Terbuka Malaysia Maybank, Datuk Lee Chong Wei menang mudah ke atas pemain dari Denmark, Viktor Axelsen pada aksi pusingan pertama di Bukit Jalil, Rabu.

Chong Wei menewaskan Viktor, 21-8, 21-10 dalam tempoh 27 minit.

Pemain berusia 30 tahun yang baru menjuarai gelaran Terbuka Korea Ahad lalu mempamerkan permainan kemas di hadapan penonton sendiri sebelum memenangi permainan secara straight set.

Ternyata pemain muda berusia 19 tahun itu gagal menandingi jaguh badminton negara apabila beberapa kali menepis servis yang dilakukan Chong Wei.

Pada aksi seterusnya, Chong Wei dijangka akan bertemu pemain dari Thailand, Boonsak Ponsana ataupun Marc Zwiebler dari Jerman sebelum mara ke suku akhir menentang Hu Yun (Hong Kong).

Chong Wei yang dilihat berada dalam prestasi sendiri dijangka dapat mencatat rekod kemenangan kesembilan di laman sendiri selepas menjuarai kejohanan yang menawarkan hadiah lumayan bernilai RM1,204,287 pada tahun 2004,2005,2006,2008,2009,2010,2011 dan 2012.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan