Mohd Nadzmi Sah Tanding Jawatan Presiden BWF Mei Ini

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada mesyuarat pemilihan badan dunia itu di sini pada 18 Mei ini.

Mohd Nadzmi, 59, yang menerajui BAM sejak 2002, berkata beliau menyertai saingan merebut jawatan tersebut selepas menerima sokongan padu daripada ahli gabungan BAM dan juga beberapa anggota BWF.

"Ini adalah penggal terakhir bagi diri saya sebagai presiden BAM and ahli exco telah mencadangkan saya supaya merebut jawatan Presiden BWF dan saya telah bersetuju untuk bertanding jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco persatuan itu di Stadium Putra di Bukit Jalil, di sini, Rabu.

Pada Disember lepas, Presiden BWF Dr Kang Young Joong, yang menerajui badan dunia itu selama dua penggal sejak 2005, mengumumkan keputusannya untuk berundur pada mesyuarat ahli majlis BWF di Bangkok, Thailand.

Menurut pemimpin dari Korea Selatan itu, sudah tiba masa yang sesuai untuk menyerahkan tugas kepada muka baharu memandangkan BWF kini berada pada kedudukan yang stabil, selain mempunyai pelan strategi jangka panjang.

BWF telah menetapkan tarikh tutup pencalonan untuk jawatan presiden dan jawatan lain pada 22 Februari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nadzmi mengumumkan bekas jurulatih Indonesia Paulus Firman akan mengendalikan skuad beregu negara yang kini di bawah bimbingan ketua jurulatih Tan Kim Her.

Beliau berkata Paulus telah mengikat kontrak selama dua tahun dengan BAM dan akan memulakan tugas pada 1 Februari ini.

Mohd Nadzmi juga bekata mesyuarat exco itu juga bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara bagi menyelia pembinaan Akademi Kecemerlangan Badminton yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Belanjawan 2013, September lepas.

"Maltamat jawatankuasa tersebut adalah untuk melihat bagaimana BAM boleh bekerjasama dengan kerajaan dalam merealisasikan projek tresebut dan juga cara pengurusan akademi itu," katanya.

Jawatankuasa sementara itu diketuai oleh Timbalan Presiden BAM Datuk Dr Mohamed Al-Amin Abdul Majid dibantu oleh beberapa individu termasuk Pengurus Besarnya, Kenny Goh dan Setiausaha BAM, Ng Chin Chai. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan