Chong Wei Yakin Pertahan Kejuaraan Terbuka Malaysia Kali Kesembilan

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei yakin mampu merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali kesembilan berdasarkan prestasi semasa beliau.

Pemain berusia 30 tahun itu yang baharu sahaja menjuarai Terbuka Korea buat kali ketiga baru-baru ini mengakui walaupun tekanan sentiasa wujud ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun beliau tidak mahu menjadikan itu sebagai satu alasan untuk mempamerkan persembahan bersahaja.

"Saya tahu semua orang mengharapkan saya merangkul kejuaraan (Terbuka Malaysia) buat kali kesembilan namun apa yang lebih penting bagi saya adalah mengekalkan persembahan terbaik sebagaimana yang saya tunjukkan pada Terbuka Korea tahun ini.

"Bermain di laman sendiri serta di hadapan penyokong tempatan juga memberi motivasi tambahan kepada saya untuk mencatatkan kejayaan pada Terbuka Malaysia kali ini," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Putra, di sini, Selasa.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap pemain-pemain muda negara seperti Liew Daren dan Chong Wei Feng dapat mengambil peluang ketiadaan pemain dari China pada kejohanan kali ini untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka.

"Saya lihat berdasarkan undian pusingan pertama, Wei Feng akan bertemu (pemain Jepun), Kenichi Tago...jadi mungkin peluang beliau adalah 50-50 dan Daren akan berjumpa Ajay Jayaram dari India, jadi saya mengharapkan Daren mampu pergi sekurangnya-kurangnya suku akhir atau separuh akhir," katanya.

Pada pusingan pertama Rabu, Chong Wei dijadualkan menentang pemain muda Denmark, Viktor Axelsen menerusi kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan USD400,000 (RM1,204,287) itu.

Untuk rekod, pemain berkenaan muncul juara Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali iaitu pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan