Nicol Bertemu Laura Pada Perlawanan Akhir Siri Dunia

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara dunia tujuh kali, Datuk Nicol Ann David, menempah tiket ke perlawanan akhir kejohanan skuasy Siri Dunia 2012 apabila mengalahkan pemain Perancis Camille Serme dalam perlawanan separuh akhir di London pada Sabtu.

Pada perlawanan yang berlangsung di The Queen's Club itu, Nicol, 29, hanya mengambil masa 23 minit untuk menamatkan tentangan Camille dengan mata 11-5 dan 11-8.

Laman web www.squasite.co.uk memetik ratu skuasy negara itu sebagai berkata beliau menjangka berdepan dengan tentangan hebat daripada Laura, yang dikalahkannya pada perlawanan akhir kejohanan Piala Dunia di Kepulauan Cayman bulan lepas.

"Dalam perlawanan kami sebelum ini, Laura bermain dengan baik dan dia sukar dijinakkan.

"Bagaimanapun, saya memang berharap akan bertemu dengannya pada perlawanan akhir. Harap-harap saya akan menang," kata Nicol.

Laura mengalahkan Nicol dalam satu perlawanan secara round robin Khamis lepas.

"Secara jujur, kemenangan itu memberi sedikit sebanyak keyakinan kepada saya, tapi sebagai pemain yang bencikan kekalahan, beliau (Nicol) sudah pasti akan meningkatkan prestasi dan ini membuatkan beliau amat sukar dikalahkan pada perlawanan akhir kelak," kata Laura.

Laura mendapat tempat ke perlawanan akhir kejohanan ini setelah mengalahkan rakan senegaranya, Jenny Duncalf 6-11, 11-8 dan 11-9 dalam perlawanan selama 45 minit.

Pertarungan antara Nicol dan Laura akan berlangsung pada pukul 4 petang waktu tempatan (12 tengah malam di Malaysia), Ahad. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan