Nicol Layak Ke Separuh Akhir Siri Akhir Dunia Di London

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara dunia tujuh kali, Datuk Nicol David sudah berada di landasan yang betul untuk mempertahankan kejuaraan skuasy Siri Akhir Dunia 2013 apabila layak ke separuh akhir.

Pada pertandingan di The Queens Club, London, hari ini, Nicol, 29, hanya mengambil masa 19 minit untuk menempa tiket separuh akhir apabila mengatasi pemain Belanda, Natalie Grinham 11-4 dan 11-8 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.

Nicol muncul juara edisi sulung kejohanan itu tahun lepas dengan mengalahkan pemain Ireland Madeline Perry 11-9, 11-9, 11-9.

Kejohanan, yang menjadi kemuncak penghujung musim skuasy dunia itu, menampilkan lapan pemain terbaik wanita dan lelaki dunia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan