Nicol, Laura Berentap Dalam Final Skuasy Terbuka Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meneruskan misi pemburuan gelaran ketujuh Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia selepas mengalahkan pemain England Jenny Duncalf untuk mara ke pelawanan akhir.

Nicol, 29, pemenang enam gelaran Terbuka Dunia, hanya mengambil masa 37 minit untuk menundukkan Jenny dalam straight set 11-7, 11-4 dan 11-2 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay di Kepulauan Cayman pada Khamis.

Ratu skuasy negara akan bertemu pemain nombor tiga dunia, Laura Massaro dari England dalam perlawanan akhir.

Kali terakhir mereka berentap dalam perlawanan akhir ialah di Terbuka Australian pada 19 Ogos, menyaksikan Nicol memenangi gelaran itu buat kali kedua.

Sementara itu, Laura menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menumpaskan pemain pilihan kedua Raneem El Weleily dari Mesir dalam lima set permainan penuh mendebarkan yang berlangsung selama satu jam sembilan minit sebelum memenanginya dengan catatan 5-11, 11-9, 12-14, 11-4 dan 13-11.

KEPUTUSAN: [3] Laura Massaro (ENG) mn [2] Raneem El Weleily (EGY) 5-11, 11-9, 12-14, 11-4, 13-11 (69 minit); [1] Nicol David (MAS) mn [6] Jenny Duncalf (ENG) 11-7, 11-4, 11-2 (37 minutes). (Nota: [] ranking pilihan) - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan