Wee Wern Mara Ke Suku Akhir Terbuka Wanita Dunia

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring, pemain nombor dua negara Low Wee Wern berjaya mara ke suku akhir Kejohanan Terbuka Wanita Dunia di Kepulauan Cayman pada Selasa.

Pemain beranking ketujuh dunia itu mudah menyingkirkan Kasey Brown dari Australia dengan 11-5, 11-8 dan 12-10 dalam masa 35 minit.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.worldopensquash.com, Wee Wern akan bertemu sama ada pemain England Laura Massaro atau Nicollete Fernandes dari Guyana.

Terdahulu, ratu skuasy negara Datuk Nicol David dengan mudah mengetepikan cabaran pemain pilihan kesembilan Annie Au dari Hong Kong dengan 11-3, 11-2 dan 11-3.

Beliau dijadual bertemu pemain Ireland Madeline Perry.

Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 19 Disember (20 Disember di Malaysia). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan