Nicol Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka Dunia

Diterbitkan: Isnin, 17 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David hanya mengambil masa 31 minit untuk melepasi pusingan pertama Kejohanan Terbuka Wanita Dunia yang berlangsung di Kepulauan Cayman.

Nicol menyingkirkan pemain bukan pilihan Omneya Abdel Kawy dari Mesir dengan 11-8, 11-5 dan 11-5 pada perlawanan yang berlangsung Ahad. Beliau akan bertemu Annie Au dari Hong Kong pada pusingan kedua, Isnin.

"Saya gembira kerana dapat melepasi halangan pertama dan mengalahkannya dengan 'straight set'," kata pemain nombor satu dunia itu seperti dilapor laman sesawang rasmi kejohanan www.worldopensquash.com.

Sementara itu, pemain nombor dua negara Low Wee Wern mengetepikan cabaran Sarah Kippax dari England dengan 7-11, 11-8, 11-7 dan 11-5.

Wee Wern dijangka berdepan cabaran Kasey Brown dari Australia pada pusingan kedua, Isnin.

Kasey mara ke pusingan kedua selepas dengan mudah menundukkan pemain Amerika Syarikat Latasha Khan dengan 11-5, 11-3 dan 11-4 dalam masa 25 minit.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain Malaysia Delia Arnold tersingkir daripada kejohanan selepas tewas kepada pemain pilihan ke-13 Dipika Pallikal dari India dengan 13-11, 11-9 dan 11-9. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan