Delia Mara Ke Saingan Utama Skuasy Wanita Terbuka Dunia - Raket | mStar

Delia Mara Ke Saingan Utama Skuasy Wanita Terbuka Dunia

Diterbitkan: Ahad, 16 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peserta skuasy Malaysia, Delia Arnold semalam menempah tempat ke perlawanan utama di Kejohanan Wanita Terbuka Dunia di Kepulauan Cayman.

Pemain berusia 26 tahun itu mengambil masa 51 minit menewaskan Tesni Evans dari Wales dalam tiga set 11-9, 13-11 dan 11-8.

"Ia sememangnya panas dan mencabar, lebih hebat daripada apa yang berlaku di Malaysia.

"Saya tidak pernah menentang Tesni sebelum ini, dan pemain ini memberi banyak pukulan mengelirukan, jadi dalam dua perlawanan mula, saya tidak dapat memastikan ke mana arahnya bola, tetapi lebih baik dalam permainan ketiga.

"Buat seketika saya tidak dapat menguasai permainan, jadi eloklah dapat bertahan dalam tiga permainan, menaruh harapan pula untuk esok (hari ini)," kata Delia yang dipetik menerusi laman rasmi kejohanan, www.worldopensquash.com.

Delia akan berdepan pemain kedudukan ke-13, Dipika Pallikal dari India di perlawanan pusingan pertama.

Dalam pada itu juara skuasy dunia dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David akan memulakan kempen untuk meraih kejuaraan kali ketujuh dunia, pada Ahad.

Nicol, pemain nombor satu dunia itu akan turun menentang pemain dari Mesir, Omneya Abdel Kawy di perlawanan pembukaan, manakala seorang lagi pemain Malaysia di barisan utama, Low Wee Wern akan menemui Sarah Kippax dari England. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan