Badminton: Kient Keat/Boon Heong Ceriakan Kem Negara

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemenangan beregu negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong pada hari kedua Kejohanan Badminton Siri Super Akhir BWF 2012 di Pusat Sukan Shenzhen Bay di China, hari ini, memberi sedikit sinar ceria pada kem negara.

Pada perlawanan kedua kumpulan A beregu lelaki, Koo dan Tan berjaya menumpaskan beregu nombor satu dunia Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark 21-19, 15-21, 21-18.

Sebelum itu wakil negara yang terdiri daripada perseorangan Liew Daren, beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan beregu lelaki Hoon Thien How/Tan Wee Kiong kalah kepada lawan masing-masing.

Daren yang menjadi wakil tunggal negara dalam perseorangan lelaki setelah Datuk Lee Chong Wei menarik diri akibat kecederaan, ternyata bukan saingan pemain nombor tiga dunia Chen Long dari China.

Meskipun berjaya mengungguli set pertama, Daren gagal meneruskan momentum apabila mudah ditundukkan pada set seterusnya 25-23, 8-21, 12-21.

Chan dan Goh turut dikecewakan beregu Denmark Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen 16-21, 8-21.

Dalam saingan beregu lelaki Kumpulan B pula, Hoon dan Tan dikalahkan beregu China Hong Wei/Shen Ye 17-21, 16-21.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan