Siri Super Akhir: Chong Wei Tewas Aksi Pertama Kumpulan - Raket | mStar

Siri Super Akhir: Chong Wei Tewas Aksi Pertama Kumpulan

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima wakil negara termasuk jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mengalami kekalahan pada perlawanan pembukaan kumpulan pada Kejohanan Badminton Siri Super Akhir BWF 2012 di Pusat Sukan Shenzhen Bay di China, Rabu.

Chong Wei, pemain nombor satu dunia, yang diundi dalam Kumpulan A, menerima tamparan awal apabila dikejutkan oleh Du Penyu dalam tiga set 21-12, 16-21, 20-22 dalam masa 65 minit.

Pemain China itu menebus kekalahan kepada Chong Wei pada final Terbuka Denmark di Copenhagen, dua bulan lepas.

Seorang lagi pemain negara Liew Daren, dalam Kumpulan B, turut mengalami nasib sama apabila tunduk kepada pemain pilihan ketiga, Kenichi Tago dari Jepun 15-21, 18-21 dalam masa 46 minit.

Beregu nombor dua dunia, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong memberi tentangan sengit sebelum kalah kepada beregu utama China Cai Yun/Fu Haifeng 11-21, 21-10, 10-21 dalam saingan Kumpulan A.

Beregu negara baharu Hoon Thien How/Tan Wee Kiong turut kalah kepada pilihan kedua Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa dari Jepun 13-21, 17-21 dalam perlawanan Kumpulan B.

Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tewas kepada gandingan Indonesia Muhammad Rijal/Debby Susanto, 18-21, 19-21 dalam masa 38 minit dalam Kumpulan B.

Esok, Chong Wei akan berdepan dengan pemain Thailand, Boonsak Ponsana dalam perlawanan kedua kumpulan manakala Liew Daren bakal menghadapi laluan sukar apabila menentang pilihan kedua Chen Long dari China dalam Kumpulan B.

Koo dan Tan juga bakal berdepan dengan tentangan sengit apabila menentang beregu utama Denmark, Mathias Boe/Carsten Mogensen dan Hoon/Tan akan bertemu pilihan ketiga Hong Wei dan Sheng Ye dari China.

Chan dan Goh pula akan berdepan dengan Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen dari Denmark dalam perlawanan kedua kumpulan. Selepas pusingan peringkat kumpulan, dua pemain terbaik setiap kumpulan akan layak ke saingan separuh akhir yang bermula Jumaat ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan