Sukan Tenis Perlu Diberi Perhatian - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Shabery (empat kiri) bersama pemain-pemain muda yang bakal menyertai Kejohanan Sirkit Tenis Kebangsaan BMW Malaysia bermula Selasa ini. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star
Ahmad Shabery (empat kiri) bersama pemain-pemain muda yang bakal menyertai Kejohanan Sirkit Tenis Kebangsaan BMW Malaysia bermula Selasa ini. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengalu-alukan program Kejohanan Sirkit Tenis Kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan BMW Malaysia yang bakal berlangsung pada 11-16 Disember ini.

Ahmad Shabery berkata, kejohanan seperti ini sekurang-kurangnya mampu kembali mengangkat martabat sukan tenis negara yang sedikit ketinggalan berbanding dengan dua lagi jenis sukan raket yang lain seperti skuasy dan badminton.

"Sekurang-kurang ada pemain yang mampu melangkah ke peringkat yang lebih tinggi yang mana sebelum ini pemain-pemain kita sudah beraksi hingga ke Piala Davis.

"Namun sejak kebelakangan ini kita lihat sukan tenis agak ketinggalan dan langkah yang diambil oleh LTAM serta penglibatan BMW Malaysia dalm sukan tenis memberi langkah positif dalam peningkatan sukan ini.

"Melalui sirkit ini, ia juga dianggap sebagai landasan untuk mencari pemain-pemain untuk diketengahkan pada peringkat umur yang masih muda dan di situ kita boleh meletakkan sasaran yang lebih baik," jelasnya pada sidang media Kejohanan Sirkit tenis Kebangsaan BMW Malaysia,Isnin.

Turut hadir pada sidang media ini termasuk Presiden LTAM, Tan Sri Datuk Abdul Razak Latiff serta Pengerusi Eksekutif Carbon Worldwide Sdn Bhd, Keld Kristiansen.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat BMW Malaysia, Sashi Ambi berkata, pihaknya akan meneruskan kerjasama ini sehingga 2013 kerana ingin melihat sukan tenis terus berkembang.

Selain tenis, BMW Malaysia juga terlibat dalam beberapa jenis sukan yang lain seperti golf, sukan permotoran serta sukan kapal layar.

"Tahun ini kami hanya terlibat dalam tiga sirkit sahaja, manakala tahun depan kami akan terlibat secara langsung dengan sukan ini," jelasnya.

Selain itu, sirkit kebangsaan ini bakal menyaksikan tiga kategori lelaki dan perempuan dipertandingan iaitu Bawah 14 Tahun, Bawah 16 tahun dan Terbuka.

Apa yang lebih penting sirkit akhir 2012 ini merupakan landasan utama bagi pemilihan pemain-pemain menyertai skuad elit negara tahun depan untuk mengharungi beberapa kejohanan utama termasuk Piala Davis, Piala Fed, WJTC, Sukan Sea dan lain-lain.

Sepanjang empat sirkit yang diadakan sebelum ini, lebih 600 pemain telah beraksi sebelum mara ke sirkit akhir ini.

Selain merebut hadiah wang tunai bernilai RM120,000 (empat sirkit), pemain-pemain juga turut mengutip mata bagi kedudukan terbaik sebelum terpilih menyertai skuad elit.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan