50 Pemain Tenis Bersaing Dalam Litar Kebangsaan Malaysia BMW

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 50 pemain tenis yang terpilih daripada pusingan Litar Kebangsaan Malaysia BMW sebelum ini, akan bersaing pada pusingan akhir kejohanan di Kompleks Tenis Tun Razak, Jalan Duta di sini, bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Mereka dipilih daripada 600 pemain yang menyertai empat pusingan kejohanan awal tahun ini, yang menawarkan hadiah RM30,000 dan mata ranking Malaysia.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia Sashi Ambi berkata penganjuran kejohanan tahunan ini memberi gambaran jelas tentang komitmen syarikat itu terhadap sukan tenis di semua peringkat, daripada peringkat amatur hinggalah ke peringkat profesional di Malaysia.

"Ia merupakan satu pendekatan berkesan bagi semua inisiatif kesukanan yang melibatkan BMW Group, termasuk golf, sukan bermotor dan belayar," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kejohanan itu oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini Isnin.

Ambi berkata pengeluar kereta premium itu akan meningkatkan komitmennya dalam kejohanan ini dengan mengadakan lima pusingan tahun depan, termasuk pusingan Masters, yang menawarkan jumlah hadiah sama.

Katanya 16 pemain tempatan terbaik kemudian akan bersaing pada pusingan Masters secara round-robin untuk menentukan ranking masing-masing dan sebagai medan pemilihan untuk menyertai skuad negara pada tahun berikutnya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Shabery memuji inisiatif syarikat itu ke arah meletakkan sukan tenis tempatan di tahap lebih tinggi.

Ahmad Shabery berkata pihaknya sentiasa menggalakkan pihak swasta dan badan korporat memberi sumbangan ke arah memajukan semua jenis sukan di negara ini.

"Program yang secukupnya perlu diadakan untuk melahirkan ahli sukan yang akan mewakili Malaysia pada masa akan datang.

"Kini, tenis semakin popular dalam kalangan belia kita dan kita sudah mempunyai beberapa pemain yang mempamerkan potensi hebat," katanya.

Beliau juga berharap bintang tenis masa depan akan dapat dilahirkan untuk memperkukuhkan lagi skuad negara bagi mengharumkan lagi nama Malaysia di persada antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan