Tiada Wakil M'sia Pada Final Terbuka Korea

Diterbitkan: Ahad, 9 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mempunyai wakil pada final Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2012 apabila kesemua pemain negara gagal melepasi perlawanan separuh akhir di Stadium Tertutup Hwasun di Seoul, Korea Selatan, pada Sabtu.

Pilihan utama Mohamad Arif Abdul Latih tumpas di tangan pemain tuan rumah Lee Dong Kuen pada rubber set 17-12, 21-18, 19-21 pada saingan perseorangan lelaki.

Pemain wanita negara Sonia Cheah turut mengalami nasib sama apabila tunduk kepada pemain pilihan kedua, Aprilla Yuswandari dari Indonesia, 13-21, 21-15 dan 14-21.

Beregu lelaki negara Goh Wei Shem dan Ong Jian Guo terpaksa akur dengan kehandalan beregu pilihan kelima, Lee Yong Dae/Ko Sung Hyun dari Korea Selatan 11-21 dan 16-21 pada saingan separuh akhir. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan