Terbuka Hong Kong: Nicol Lepasi Halangan Pertama

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain No 1 dunia Datuk Nicol Ann David mendapat laluan mudah di pusingan pembukaan kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong 2012 di Pusat Skuasy Hong Kong pasa Selasa malam.

Nicol mengambil masa 23 minit untuk mengalahkan pemain bukan pilihan dari England, Sarah Kippax 11-2, 11-5 dan 11-5.

Beliau akan bertemu pemain tuan rumah Joey Chan di pusingan kedua pada Khamis.

Joey mengalahkan Amanda Landers-Murphy dari New Zealand 8-11, 11-4, 11-7 dan 11-9 dalam masa 40 minit.

Terdahulu pemain negara Delia Arnold kalah kepada pilihan ketiga Jenny Duncalf dari England 11-9, 11-9 dan 11-9.

Seorang lagi pemain wanita negara Low Wee Wern akan bermain esok dalam kelompok kedua di pusingan pertama.

Beliau akan menentang Melody Francis dari Australia.

Dalam kategori lelaki, wakil tunggal Malaysia, Ong Beng Hee akan menentang pemain Colombia, Miguel Angel Rodriguez juga malam ini.

Keputusan:

Kategori wanita:

[3] Jenny Duncalf (ENG) mn Delia Arnold (MAS) 11-9, 11-9, 11-9 (40 minit);

Dipika Pallikal (IND) mn Liu Tsz-Ling (HKG) 7-11, 11-6, 11-1, 11-5 (34 min);

[8] Natalie Grinham (NED) mn Heba El Torky (EGY) 11 -7, 11-5, 11-4 (28 min);

Nicollette Fernandes (GUY) mn Samantha Teran (MEX) 10-12, 11-9, 11-8, 5-11, 11-6 (78 min);

Joey Chan (HKG) mn Kylie Lindsay (NZL) 8-11, 11-4, 11-7, 11-9 (40 min);

[1] Nicol David (MAS) mn Sarah Kippax (ENG) 11-2, 11-5, 11-5 (23 min);

[5] Madeline Perry (IRL) mn Amanda Landers-Murphy (NZL) 11-6, 11-6, 11-3 (19 min);

Kasey Brown (AUS) mn Lauren Briggs (ENG) 11-8, 11-2, 11-6 (31 min).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan