Chong Wei, Koo/Tan Gagal Rangkul Juara Terbuka Hong Kong

Diterbitkan: Ahad, 25 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal memburu kejuaraan selepas kembali daripada cuti perkawinannya apabila tumpas di tangan pemain muda China, Chen Long, pada final Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong, Ahad.

Chong Wei, selaku pemain nombor satu dunia dan pilihan utama, gagal menyekat ketangkasan pemain China itu dalam pertembungan selama 57 minit sebelum kalah 19-21, 17-21.

Ini merupakan kekalahan kelima dalam 12 pertemuan dengan Chen Long, pemain nombor dua dunia berusia 23 tahun itu dengan kali terakhir pada final Siri Super Dunia di China tahun lepas.

Dalam pada itu, beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong gagal merangkul kejuaraan pertama siri super musim ini apabila kalah kepada beregu China Cai Yun/Fu Haifeng dari China 16-21, 17-21. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan