Chong Wei Mara Ke Pusingan Kedua Manakala Wei Feng Tersingkir

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei kembali semula ke gelanggang selepas perkahwinannya hampir dua minggu lepas dengan mempamerkan aksi mantap untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong, Rabu.

Pemain nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain berpengalaman dari Thailand, Boonsak Ponsana 21-15, 21-15 dalam masa 32 minit untuk bertemu pemain India Ajay Jayaram pada pusingan ketiga.

Dalam pada itu, Ajay terpaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan pemain China Wang Zhengming 22-20 dan 23-21.

Dua lagi pemain peseorangan negara Mohamad Arif Abdul dan Liew Daren turut melangkah ke pusingan kedua bersama hampir kesemua pemain pilihan termasuk pemain China, Cheng Long, Kenichi Tago (Jepun) dan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh.

Bagaimanapun, pemain nombor tiga negara, Chong Wei Feng gagal melepasi pusingan pertama apabila tunduk kepada Kenichi 18-21, 9-21.

Dalam pada itu, beregu utama negara Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong mengalahkan Patiphat Chalardchaleam/Nipitphon Puangpuapech dari Thailand, 21-15, 21-17 untuk melangkah ke pusingan kedua.

Koo dan Tan akan menentang beregu England Chris Adcock/Andrew Ellis esok.

Satu lagi beregu negara Tan Wee Kiong/Hoon Thien How turut layak ke pusingan kedua setelah mengatasi beregu Taiwan Chen Hung Ling/Lu Chia Bin, 21-16, 17-21, 21-19.

Mereka dijadual bertemu Yonathan Suryatama Dasuki/Hendra Aprida Gunawan dari Indonesia pada pusingan seterusnya.

Dalam beregu wanita pula, wakil negara Vivian Kah Mun/Woon Khe Wei mengalahkan beregu Korea Selatan Choi Hye In/Kim So Young 21-19, 21-18.

Manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mengecewakan pasangan China, Jiaming Tao/Tang Jinhua 22-20, 19-21 dan 21-15 dalam masa 53 minit. Keputusan Pemain Malaysia:

Peseorangan Lelaki:

Lee Chong Wei mn Boonsak Ponsana (THA) 21-15, 21-15

Mohamad Arif Abdul Latif mn Ivanov Vladimir (RUS) 21-18, 21-8

Liew Daren mn Dionysius Hayom Rumbaka (INA) 23-21, 24-22

Kenichi Tago [JPN] mn Chong Wei Feng 21-18, 21-9. Beregu Lelaki:

Hoon Thien How/Tan Wee Kiong mn Chen Hung Ling/Lu Chia Bin [TPE] 21-16, 17-21, 21-19;

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Patiphat Chalardchaleam/Nipitphon Puangpuapech [THA] 21-15, 21-17

Cai Yun/Fu Haifeng [CHN] mn Goh V Shem/Ong Jian Guo 21-17, 21-16.

Beregu Wanita:

Vivian Kah Mun/Woon Khe Wei mn Choi Hye In/Kim So Young [KOR] 21-19 21-18. Beregu Campuran:

Ong Jian Guo/Woon Khe Wei mn Patiphat Chalardchaleam/Savitree Amitrapai [THA] 18-21, 21-14, 21-17

Tan Wee Kiong/Lim Yin Loo mn Kim Ki Jung/Kim So Young 21-17, 16-21 21-12

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mn Jiaming Tao/Tang Jinhua [CHN] 22-20, 19-21, 21-15. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan