Badminton Terbuka China: Wei Feng Kejutkan Pilihan Keenam Pada Pusingan Pertama

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor tiga negara, Chong Wei Fei mencipta kejutan awal apabila menyingirkan pemain nombor lapan dunia, Sho Sasaki pada pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka China di Shanghai, Rabu.

Pemain perseorangan negara berusia 25 tahun itu menampilkan persembahan cemerlang untuk menundukkan pilihan keenam dari Jepun itu dengan catatan 21-13, 21-16.

Wei Feng, yang menghuni ranking ke-26 dunia, akan menentang pemain ranking ke-22 dunia, Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark pada pusingan kedua esok.

Dalam pada itu, beregu lelaki utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dipaksa bekerja keras oleh gandingan Thailand sebelum melepasi pusingan pertama.

Beregu negara, yang mempunyai ranking keempat dunia itu, terpaksa berhempas pulas untuk menjinakkan pilihan ketiga kejohanan Patiphat Chalardchaleam/Nipitphon Puangpech 16-21, 21-14, 22-20 dalam perlawanan sengit selama sejam.

Pada pusingan kedua, beregu Malaysia itu akan bertemu pemenang antara beregu muda China Liu Xiaolong Liu/Qiu Zihan dan beregu India Pranaav Jerry Chopra/Akshay Dewalkar.

Pemain negara lain yang mara ke pusingan kedua ialah pemain perseorangan lelaki Liew Daren, beregu lelaki Hoon Thien How/Tan Wee Kiong dan Gan Teik Chai/Ong Soon Hock serta beregu camputan Peng Soon/Goh Liu Ying. Keputusan Pusingan Pertama Pemain Malaysia:

Perseorangan Lelaki: Chong Wei Feng mn Sho Sasaki (JAP) 21-13, 21-16; Liew Daren mn Ajay Jayaram (IND) 21-18, 16-21, 21-14.

Beregu Lelaki: Hoon Thien How/Tan Wee Kiong mn Philip Chew/Sattawat Pongnairat (USA) 21-7, 21-6; Gan Teik Chai/Ong Soon Hock mn Li Gen/Liu Cheng (CHI) 16-21, 21-11, 21-16; Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Patiphat Chalardchaleam/ Nipitphon Puangpech (THA) 16-21, 21-14, 22-20.

Beregu Campuran: Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mn Chen Hung Ling/Wu Ti Jung (TWN) 21-16, 21-14. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan