Pengantin Baru Chong Wei Turun Semula Ke Gelanggang

Diterbitkan: Selasa, 13 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya dua hari selepas meraikan majlis perkahwinannya, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei kembali semula ke gelanggang untuk melakukan persiapan menghadapi tiga kejohanan sebelum musim siri dunia melabuhkan tirai bulan depan.

Pemain nombor satu dunia itu memulakan latihan semula pada Isnin selepas bercuti lama bagi membuat persediaan perkahwinan dengan bekas pemain negara Wong Mew Choo.

Jurulatih negara Tey Siu Bock memberitahu Bernama bahawa prestasi Chong Wei menurun sedikit tetapi ia tidak membimbangkan.

"Ini sudah dijangkakan selepas bercuti lama tetapi kami tidak bimbang.

"Selepas memberi tumpuan selama empat tahun bagi menghadapi Sukan Olimpik London 2012, kami memberi masa untuk beliau berehat," katanya.

Beliau berkata walaupun tidak meletakan sasaran dalam baki tiga kejohanan itu, objektif Chong Wei adalah untuk mengekalkan ranking nombor satu dunia.

Chong Wei dijadual beraksi pada Terbuka Hong Kong dari 20 hingga 25 November ini diikuti Terbuka Macau (27 November-2 Disember) dan Super Siri Akhir BWF di Shenzen, China dari 12 hingga 16 Disember ini.

Berikutan jadual padat, Chong Wei, pemenang perak Sukan Olimpik London, terpaksa menangguhkan hasrat berbulan madu sehingga tahun depan.

Pemain berusia 30 tahun itu sedang bersiap sedia untuk Terbuka Hong Kong minggu depan yang mana beliau dijangka berdepan dengan pemain China Du Pengyu di peringkat separuh akhir.

Chong Wei mengalahkan pemain China berusia 24 tahun itu pada final Terbuka Denmark bulan lepas.

Pada Terbuka Hong Kong, Chong Wei selaku pilihan utama, akan memulakan kempen dengan menentang pemain Thailand Boonsak Ponsana pada pusingan pertama.

Beliau dijangka berdepan dengan Wang Zhengming dari China, Hao Hsu Jen dari Taiwan dan pemain Vietnam Tien Minh Nguyen pada pusingan kedua dan suku akhir.

Selain Chong Wei, acara perseorangan lelaki negara turut disertai oleh Liew Daren dan Chong Wei Feng dan beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan