Chong Wei Role Model Bagi Pemain Pelapis - Nadzmi

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kecemerlangan Datuk Lee Chong Wei dalam dunia badminton membolehkan beliau menjadi 'role model' paling sesuai kepada pemain muda lebih-lebih lagi dalam aspek ganjaran kewangan yang diterima, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh.

"Saya nampak apa yang ditunjukkan oleh Chong Wei sudah jelas pada pemain-pemain muda iaitu kalau mereka betul-betul bersungguh berlatih dan berdisiplin, mereka boleh mencapai apa yang dicapai oleh beliau," katanya kepada media selepas majlis pelancaran laman web dan pejabat baru Konfederasi Badminton Asia (BAC) di sini Selasa.

Nadzmi diminta mengulas peningkatan prestasi pemain muda negara akhir-akhir ini khususnya Liew Daren yang menjuarai Terbuka Peranchis bulan lalu.

Katanya persatuan hanya dapat melatih pemain untuk menjadi pemain bertaraf dunia, bagaimanapun untuk menjadi pemain unggul yang konsisten seperti Chong Wei, pemain perlu mempunyai keazaman sendiri.

"Kejayaan Liew Daren baru-baru ini adalah detik bersejarah buat beliau untuk beliau terus maju ke hadapan. Saya harap lebih ramai lagi pemain muda akan mencapai kejayaan," katanya.

Liew Daren muncul juara Terbuka Perancis setelah mengalahkan Viktor Axelsen dari Denmark.

Kejayaan itu merupakan kejuaraan siri super pertama bagi pemain berusia 25 tahun itu. Sementara itu Nadzmi berkata beliau masih belum memutuskan sama ada untuk bertanding jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atau tidak.

"Saya masih berfikir. Sekiranya saya mahu bertanding untuk jawatan itu, saya perlu mendapat sokongan terbanyak daripada ahli. Buat ketika ini saya belum mahu menyatakan kedudukan saya," katanya.

Laporan akhbar sebelum ini menyatakan Nadzmi tidak menolak kemungkinan untuk bertanding dalam pemilihan jawatan Presiden BWF tahun hadapan menggantikan penyandang sekarang Kang Young-joong dari Korea Selatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan