SUKIPT: Nur Akmal Sumbang Dua Pingat Emas Kepada UM Dalam Acara Badminton

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nur Akmal Mohamed Rumsani mempamerkan aksi cemerlang apabila menyumbangkan dua pingat emas kepada Universiti Malaya (UM) dalam acara badminton Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), di sini Isnin.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan UM hari ini, Nur Akmal bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Loo Yik Xiang dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 23-25, 21-19 dan 21-19 dalam saingan akhir perseorangan lelaki.

Pingat gangsa milik Lim Ee Qin dari Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) setelah mengalahkan Ngo Cheng Yang dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) 21-12, 21-23 dan 21-12.

Nur Akmal yang berpasangan dengan K.Jagdsih Singh Dhanoa turut cemerlang apabila mengetepikan cabaran Mohd Razif Abdul Latif-Muhammad Nur Muslim Abdullah dari Kolej Komuniti Selangor (KKS) 21-15, 15-21 dan 21-7 untuk meraih emas dalam acara beregu lelaki.

Pasangan Halif Asro Ramzi Sulaiman-Mohd Fairuz Mohammad Fauzi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) memenangi pingat gangsa selepas menumpaskan Ho Da Sin-Tan Fu Tzen dari UTAR dengan 21-13, 21-18.

"Saya sangat berpuas hati dapat dua pingat emas. Strategi hari ini menjadi dan misi untuk tewaskan Yik Xiang juga berjaya sebab beliau pernah kalahkan saya semasa temasya Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang lepas.

"Selepas ini sasaran saya adalah meraih pingat di temasya Sukan Universiti Asean di Laos bulan depan. Saya akan buat yang terbaik," kata Nur Akmal.

Secara keseluruhan, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendominasi acara badminton dengan mengutip dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa, manakala UM di tempat kedua dengan dua emas, diikuti KKS dengan satu emas dan dua perak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan