Liew Daren Kini Disenaraikan Sebagai Pelatih Skuad Olimpik 2016

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liew Daren
Liew Daren

KUALA LUMPUR: Liew Daren yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Terbuka Perancis Ahad lalu kini mendapati dia telah disenaraikan dalam skuad Olimpik di Rio de Janeiro 2016.

Pemain berusia 25 tahun itu kini menjadi satu-satunya pemain yang 'paling tua' yang disenaraikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam skuad Olimpik.

Lain-lain pelatih seperti Misbun Ramdan Misbun, Iskandar Zulkarnain, Zulfadli Zulkifli, Loh Wei Sheng, Yang Li Lian, Sonia Cheah, Ow Yao Han-Chooi Kah Ming, Teo Ee Yi-Nelson Heg Wei Keat dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean - kesemua berusia di awal 20an.

Pengerusi Kejurulatihan BAM, Ng Chin Chai berkata, Daren telah memperolehi kepercayaan BAM untuk disenaraikan dalam skuad Olimpik melalui prestasinya yang konsisten sepanjang tahun ini.

Ini termasuklah kejayaannya menumpaskan bekas juara remaja dunia, Viktor Axelsen dari Denmark yang dilihat oleh dunia badminton sebagai bakal juara dunia akan datang.

Menurut Chin Chai, BAM menyedari menjelang temasya Olimpik nanti, Liew akan berusia 29 tahun tetapi pemain itu telah membuktikan kemampuannya kepada semua pihak untuk diberi peluang ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan