Tenis: Williams Tutup Musim 2012 Dengan Trofi Ketujuh

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Serena mencium trofi yang dimenangi pada Kejuaraan WTA TEB BNP di Istanbul, Ahad.
Serena mencium trofi yang dimenangi pada Kejuaraan WTA TEB BNP di Istanbul, Ahad.

PEMAIN tenis Amerika Syarikat, Serina Williams merangkul gelaran ketujuh musim ini selepas menewaskan pemain dari Rusia, Maria Sharapova pada kejohanan terakhir musim 2012 di Istanbul, Turki pada Ahad.

Sebelum ini, Williams turut menjulang trofi Wimbledon, Terbuka Amerika Syarikat, pingat emas Olimpik London, Madrid, Charleston dan Stranford.

Jelas pemain berusia 31 tahun ini, kejayaan di Istanbul ini begitu bermakna baginya.

"Saya terlalu mengharapkan trofi ini walaupun saya tidak memberitahu kepada sesiapa.

"Ia adalah untuk rekod peribadi sendiri. Saya mahu menamatkan catatan musim ini dengan baik," jelasnya,

Selepas memulakan aksi perlahanan berikutan kecederaan di buku lali ketika beraksi di Brisbane awal tahun ini, Williams telah mencatat rekod kemenangan dalam semua perlawanan dengan 58 menang dan 4 kali kalah.

Sementara itu, Sharapova akur dengan kekalahannya kepada Williams kali ini.

"Dia sekali lagi mempamerkan pukulan yang sempurna, dan sudah pastinya saya tidak dapat melakukan break point.

"Dan sebab itu jugalah dia merupakan juara terhebat dan mempunyai catatan rekod baik sepanjang kariernya," jelas Sharapova yang tewas 10 kali dan menang dua kali ke atas Williams sebelum ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan