Badminton: Liew Daren Raih Trofi Sulung Di Perancis

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor dua negara Liew Daren mencapai kejayaan sulung dalam siri super selepas menjuarai Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Perancis 2012 di Paris, Ahad.

Pemain ranking ke-24 dunia itu memaparkan persembahan cemerlang untuk menundukkan pemain Denmark berusia 18 tahun Viktor Axelsen 21-18, 21-17 dalam masa 42 minit.

Terdahulu itu, Daren mengejutkan pemain nombor sembilan dunia, Sho Sasaki dari Jepun di suku akhir sebelum mengalahkan seorang lagi pemain Denmark berusia 18 tahun, Jan O Jorgensen di separuh akhir.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan