Tenis: Azarenka Juara Terbuka China

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azarenka dinobatkan juara Terbuka China selepas mengalkan Sharapova, Ahad.
Azarenka dinobatkan juara Terbuka China selepas mengalkan Sharapova, Ahad.

PEMAIN wanita nombor satu dunia, Victoria Azarenka meraih gelaran pertama sejak Mac lalu selepas merangkul trofi Terbuka China dengan menewaskan Maria Sharapova 6-3 6-1 pada aksi final di Beijing, Ahad.

"Saya gembira kerana akhirnya berjaya meraih keputusan yang baik. Lebih kurang empat tahun tidak datang ke sini dan sangat teruja dapat mempamerkan permainan sendiri sekaligus meraih trofi.

"Saya telah bekerja keras dan dapat melihat hasilnya pada kejohanan ini," jelas pemain kelahiran Belarus ini.

Kali terakhir Azrenka merangkul kemenangan pada aksi Indian Wells Mac lalu.

"Victoria bermain begitu baik sekali. Dan itulahlah yang menjadikan dia sebagai pemain nombor satu dunia sekarang," kata Sharapova yang menduduki ranking kedua dunia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan