Jaguh Kelima Dunia Tewas, Benneteau-Monaco Mara Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harapan untuk melihat pemain kelima dunia, David Ferrer beraksi pada final Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ATP musnah apabila tewas kepada pemain Perancis, Julien Benneteau 6-4,6-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.

Pemain pililhan pertama itu tewas dalam tempoh 1 jam 37 minit di tangan pemain di ranking ke-34 dunia ini.

"Kemenangan ini tidak mudah walaupun mata yang diraih amat besar perbezaan. Tempoh yang agak lama, tetapi saya gembira dengan kemenangan ini, lebih-lebih lagi dia seorang pemain yang hebat.

"Ia sesuatu yang bermakna kerana buat kali pertama tahun ini dapat menewaskan pemain di ranking terbaik," jelas Benneteau selepas perlawanan.

Benneteau,30, bakal berdepan dengan pemain pilihan kedua dari Argentina, Juan Monaco yang telah menyingkirkan pemain nombor satu Asia dari Jepun, Kei Nishikori.

"Saya ada melihat Monaco beraksi sebelum ini. Dia seorang yang agresif dan suka bermain di baseline. Tetapi apa yang penting, saya akan cuba kekalkan rentak dan menikmati perlawanan," tambah pemain pilihan ketujuh ini.

Sementara itu, Monaco yang juga pemain pilihan kedua kejohanan melangkah kaki ke final selepas mengharungi perlawanan selama 2 jam 14 minit menewaskan Nishikori, 2-6,6-2,6-7 (4-7).

Tewas pada set kedua, Monaco bangkit lebih bersemangat membuat servis garang terhadap pemain nombor 17 dunia itu, namun Nishikori yang tidak menghiraukan kecederaan buku lali yang dialaminya turut tidak mengalah mengutip mata sehingga memaksa permainan 'tie break' bagi penentuan pemenang.

Aksi sengit yang kedua-dua pemain ini menerima sokongan peminat masing-masing ketika Nishikori mengikat mata 5-2 pada set ketiga.

Monaco menggunakan pengalamannya selaku pemain senior ketika ketinggalan mata, dan bangkit kembali mengawal gelanggang sekaligus memberi kelebihan kepadanya untuk mara ke final edisi keempat kejohanan ini.

"Dia (Nishikori) bermain dengan baik lebih-lebih lagi pada set kedua. Sejak itu kami mencatat mata begitu hampir. Bagaimanapun saya gembira dengan kemenangan hari ini.

"Peminat-peminat yang datang juga gembira dengan aksi dan ia turut membantu memberi semangat kepada saya walaupun hanya satu atau dua bendera Argentina di sini," jelas pemain no.11 dunia ini.

Kemenangan ini juga turut membuatkan Monaco teruja kerana sasarannya untuk ke final telah tercapai.

"Untuk perlawanan akhir nanti, saya tidak mahu terlalu tertekan dan hanya ingin rehat serta dan tenangkan fikiran. Saya mahukan masa untuk diri sendiri dan pastikan badan keadaan fizikal saya cergas menjelang final nanti.

"Saya akan mengharungi perlawanan demi perlawanan dan harapnya saya akan bermain lebih baik," kata Monaco yang telah mara ke pusingan keempat Terbuka Perancis tahun ini.

Dalam pada itu, Nishikori yang kelihatan agak kecewa dengan kekalahanya ini terpaksa akur dengan kehebatan lawannya biarpun dia berpeluang menamatkan perlawanan set ketiga dengan baik.

"Dia bermain lebih baik dari saya dan lebih agresif. Pun begitu saya berpuas hati dengan prestasi hari ini.

"Ketika itu saya juga berharap dapat menamatkan perlawanan dan kemenangan berpihak kepada saya, namun sebaliknya berlaku," katanya kepada media selepas perlawanan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan