Nicol Mara Ke Suku Akhir Carol Weymuller 2012

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir Terbuka Carol Weymuller 2012 di New York, pada Khamis.

Pemain berusia 28 tahun itu menundukkan Kasey Brown dari Australia dengan 11-9, 11-5 dan 11-6.

Dalam perlawanan sebelum itu, pemain nombor dua negara Low Wee Wern disingkirkan daripada kejohanan oleh pemain England, Laura Massaro.

Wee Wern bermula baik apabila menguasai dua set pertama dengan 11-7 dan 11-4, namun Massaro berjaya mengembalikan keyakinan diri untuk memenangi tiga set seterusnya dengan 11-2,11-3 dan 11-8. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan