Tenis Terbuka Malaysia: Monaco, Nikolay Tempah Tiket Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain wild card dari Taiwan, Jimmy Wang gagal menyaingi ketangkasan pemain pilihan kedua dari Argentina, Juan Monaco selepas tewas 4-6, 5-7 pada aksi kedua Kejohanan Terbuka Malaysia ATP Jelajah Dunia di Stadium Putra Bukit Jalil, Khamis.

Bagaimanapun Monaco yang turun selaku pemain kesebelas dunia tidak menang mudah ke atas Wang selepas berhempas pulas mengutip mata dalam tempoh 1 jam 48 minit.

Pemain kelahiran Tandil, Argentina ini meraih 'bye' pada pusingan pertama sekali gus memberikan peluang kepadanya untuk menilai pemain-pemain lain yang bakal ditemui selepas ini.

Dengan tiga gelaran daripada lima aksi akhir yang dicatat tahun ini, Monaco mengharapkan akan mara ke final di Kuala Lumpur, namun dalam masa sama dia sedar cabaran yang sedang menunggunya pada aksi suku akhir esok (Jumaat).

"Saya gembira kerana berjaya menamatkan permainan pertama ini dengan baik walaupun sedikit sukar beraksi di 'indoor'. Pun begitu ia tidak menjadi masalah kerana saya akan cuba bermain dengan baik pada saingan suku akhir bertemu Vasek Pospisil (Kanada).

"Saya pernah bermain dengannya di Toronto (Piala Rogers) dan memenangi perlawanan itu. Tetapi untuk perlawanan esok saya yakin ia akan berbeza kerana permainan Pospisil semakin baik.

"Sudah tentu saya ingin menang dan masuk ke final. Tetapi saya akan cuba mengharungi perlawanan satu demi satu dengan tenang," jelas Monaco dalam sidang media selepas perlawanan.

Pospisil mara ke saingan suku akhir setelah menewaskan Micheal Yani (Amerika Syarikat) dalam aksi kedua yang berlangsung pada Rabu.

Dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua hari ini, menyaksikan juara 2009, Nikolay Davydenko (Rusia) mengikut jejak langkah Monaco, mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Uzbekistan, Denis Istomin 7-5, 6-4 (1 jam 41 minit).

Pemain Rusia yang kini menduduki tangga ke-44 dunia dijangka akan bertemu pemain terbaik Asia dari Jepun, Kei Nishikori (no 17 dunia) atau Albert Ramos dari Sepanyol.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan