Terbuka Jepun: Chong Wei Mara Ke Final

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir terbuka Jepun untuk bertemu dengan pemain bukan pilihan, daripada Thailand, Boonsak Ponsana pada Sabtu.

Pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu hanya memerlukan 30 minit untuk menewaskan pemain piliha ketiga, 21-7, 21-17 dalam perlawanan separuh akhir.

"Simon dilihat tidak bermain pada tahap terbaik, terutamanya pada set pertama, jadi saya hanya bermain seperti biasa," kata Chong Wei, 29.

"Lawan saya esok seorang pemain veteran. Ketika ini saya dan Lin Dan sedang menguasai peringkat dunia, tidak mustahil satu hari nanti ada pemain muda akan turut menggantikan kami," katanya.

Sementara itu, Santoso daripada Indonesia: "Saya betul-betul tewas hari ini. Saya dapat membaca pukulan bulu tangkis dia, tetapi dia bermain cukup pantas dan bertenaga. Saya berharap, saya dapat tewaskan Lin Dan dan Chong Wei dalam perlawanan besar seperti ini."

Lin Dan dan semua pemain pasukan China tidak dapat ke Tokyo kerana mereka memboikot kejohanan itu atas dasar diplomatik.

Boosak akan bertemu dengan Chong Wei dalam perlawanan akhir pada Ahad selepas menewaskan pemain bukan pilihan, Hu Yun daripada Hong Kong dalam tiga set, 21-17, 17-21, 21-19.

"Perlawanan hari ini mencabar. Saya benar-benar letih.

"Saya menyerang dengan baik pada set pertama dan memberikan tentangan yang hebat kepada dia. Namun saya agak tergopoh-gapah dalam set kedua. Pada set terakhir, saya dapat peluang untuk menyerang. Saya yakin saya dapat menewaskan dia," kata Boonsak.

Berhubung lawan yang akan ditemuinya esok, Boonsak berkata: "Chong Wei seorang pemain yang bagus dan dia bermain dengan cukup bagus. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Saya pernah tewas beberapa kali tetapi saya juga pernah dua kali menewaskan dia. Saya akan cuba yang terbaik."

Dalam perlawanan perseorangan wanita, pemain tuan rumah Eriko Hirose, yang menewaskan pemain pilihan keempat Bae Yeon-Ju daripada Korea Selatan pada Jumaat terus melakar kejuatan dengan menewaskan Porntip Buranaprasertsuk daripada Thailand 21-19, 21-13.

"Saya tidak pernah tewas kepada dia, saya benar-benar gembira apabila menang hari ini. Impian saya untuk menang gelaran Superseries.

"Saya hanya ada satu perlawanan lagi. Saya akan cuba mengutip mata demi mata untuk menang gelaran juara esok," kata Hirose.

Hirose akan bertemu dengan pemain Taiwan Tai Tzu-ying pada perlawanan akhior esok.

Tai, pilihan kelima mara ke final selepas menewaskan pemain pilihan kedua, secondSung Ji-Hyun daripada Korea Selatan dengan tiga set, 16-21, 21-13, 21-17.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan