BAM Setuju Beri Peluang Akhir Kepada Gandingan Utama Koo Dan Tan

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Rabu memberi kata putus kepada beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong supaya layak ke final pada Kejohanan Dunia tahun depan sekiranya mahu dikekalkan sebagai gandingan yang masih relevan.

Presidennya Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata sekiranya mereka gagal maka gandingan itu akan dipisahkan seperti perancangan awal badan induk itu.

Beliau berkata peluang yang diberikan kepada beregu nombor tujuh dunia itu adalah atas permintaan pasangan itu dan berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini, BAM merasakan mereka berhak diberi peluang.

"Sasaran mara ke perlawanan akhir adalah realistik dan bukanlah juga terlalu mudah buat mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco badan induk itu di Stadium Juara Bukit Kiara, di sini Rabu.

Sebelum ini BAM bercadang untuk memisahkan Koo dan Tan setelah mereka gagal membawa pulang pingat daripada temasya Sukan Olimpik London 2012 Ogos lalu.

Sehingga kini, Persekutuan Badminton Dunia (WBF) masih belum memutuskan antara bandaraya Copenhagen, Macau dan Guangzhou untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia itu pada Ogos tahun depan.

Mohd Nadzmi berkata gandingan utama negara itu akan tetap bergandingan dengan pasangan baharu pada kejohanan-kejohanan kecil, bagaimanapun buat masa ini belum ditentukan siapa gandingan mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata BAM kini sedang mencari calon yang sesuai untuk jawatan pengurus projek bagi Sukan Olimpik 2016, 2020 dan 2024.

Beliau berkata jawatan itu dijangka bakal diisi menjelang tahun hadapan selain berharap ia akan diisi oleh rakyat tempatan.

Beliau turut mengumumkan pelantikan jurulatih Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki, Wong Tat Meng selaku ketua jurulatih perseorangan wanita dan Tan Kim Her sebagai ketua jurulatih beregu.

Menurutnya ketiga-tiga jurulatih tersebut dan ahli jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan yang lain akan membantu pengurus projek tersebut dalam merealisasikan sasaran setiap projek. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan