Pemain Badmindon India Tandatangani Perjanjian $7.4 Juta

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Bintang badminton India Saina Nehwal menandatangani tiga tahun perjanjian bernilai $7.4 juta dengan sebuah firma pengurusan sukan, menjadikan dirinya ahli sukan selain pemain kriket yang menerima gaji tertinggi di negaranya, menurut laporan, Rabu.

"Saya gembira dan tidak sabar untuk memulakannya," pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London dipetik sebagai berkata dalam Indian Express selepas menandatangani perjanjian dengan Rhiti Sports.

"Dengan latar belakang dan kredibiliti Rhiti, mereka tahu bagaimana untuk mengimbangi banyak perkara dan itu adalah satu kelebihan yang besar," katanya.

Berusia 22 tahun, dia menjadi satu-satunya pemain India yang memenangi pingat Olimpik badminton, juga berjaya meraih emas di Sukan Komanwel 2010 di New Delhi.

Rhiti Sports yang berpangkalan di Delhi berurusan tentang tajaan, pengiklanan dan perundingan, juga menguruskan kapten kriket India Mahendra Singh Dhoni.

"Beliau telah meletakkan India di peta dunia untuk sukan badminton dan mengubah pandangan masyarakat di India terhadap sukan itu," Pengerusi Rhiti Sports Arun Pandey berkata.

India memenangi dua perak dan empat gangsa di Olimpik London, pencapaian terbaik yang pernah diperoleh di Sukan Olimpik. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan