Nicol Gagal Rangkul Kejuaraan Buat Kali Kelapan

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David gagal menepati ramalan untuk merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali kelapan selepas dikejutkan oleh pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily, pada final di sini Sabtu.

Raneem, bintang muda berusia 23 tahun dari Mesir itu, mencapai kemenangan pertama dalam lapan pertemuan dengan Nicol apabila melakarkan catatan 12-10, 11-3, 11-6, 11-2 dalam masa 36 minit.

"Saya jelas kecewa dengan keputusan ini dan sudah menghampakan penyokong setia dan peminat tempatan," kata Nicol, pemain nombor satu dunia, yang akan beraksi pada Terbuka Carol Weymuller di New York dari 26 hingga 30 September ini.

Beliau mengakui pertarungan akhir itu sukar dengan Raneem melakukan pukulan tepat dan tidak melakukan kesilapan, sambil menambah adalah sukar apabila lawan mengutip mata demi mata pada setiap set.

Bagaimanapun, Nicol berkata, beliau akan menebus kekecewaan di tangan Raneem pada saingan di New York nanti.

Dalam pada itu, Raneem, bekas juara remaja dunia pada 2005, berkata semua orang kecewa dengan kekalahan Nicol di sini tetapi mengakui lawannya itu masih merupakan pemain terbaik dunia dan akan bangkit semula.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan ia merupakan perlawanan yang paling indah menentang Nicol," kata Raneem yang membawa pulang piala dan wang tunai US$10,200 (RM30,979).

Nicol, 28, pula menerima hadiah wang tunai US$6,900 (RM20,957).

Sementara itu, dalam final lelaki, Tarek Momen merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia selepas mengejutkan pilihan kedua dan rakan senegara Mohammed El Shorbagy.

Pemain ranking 19 dunia dari Mesir itu terpaksa berhempas pulas selama sejam 49 minit sebelum menang 12-10, 6-11, 12-10, 8-11, 14-12.

Kejayaan itu membolehkan Tarek membawa pulang hadiah wang tunai US$8,075 (RM24,525) manakala Mohammed menerima US$5,525 (RM16,780).

'Ini merupakan kejayaan terbesar dalam karier saya dan tidak dapat menggambarkan kegembiraan ini...ini adalah satu kemenangan menakjubkan," kata Tarek. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan