Nicol Mara Ke Final, Hampiri Gelaran Ke-8

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya satu perlawanan lagi bakal menyaksikan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David meraih gelaran kelapan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB selepas mara ke pentas akhir dengan menewaskan pemain England, Laura Massaro, Jumaat.

Kalah pada set pertama (10-12), Nicol bangkit menewaskan Massaro 11-6,11-7 dan 11-8.

"Ia bukan perlawanan yang mudah. Set pertama saya tewas tipis, dan terus membaiki pada set kedua dan seterusnya.

"Laura terus mengejar pada setiap set, tetapi saya gembira kerana dapat melangkah kaki ke final," jelasnya selepas perlawanan.

Nicol pernah tewas kepada Massaro sebanyak dua kali tahun lalu (Terbuka Singapura CIMB dan Cleveland WISPA Classic) dalam 11 perlawanan termasuk hari ini.

Pada aksi final esok (Sabtu), Nicol akan berdepan dengan pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily yang telah menewaskan seorang lagi pemain negara, Low Wee Wern (8-11,11-9,9-11,11-9,9-11) dalam tempoh 64 minit.

Menurut Nicol, berdepan dengan Raneem merupakan satu perlawanan yang dijangka menarik biarpun pemain dari Mesir berusia 23 tahun itu tidak pernah menang dalam tujuh aksi sebelum ini.

"Saya tidak ambil kira rekod tersebut kerana sebelum ini dia belum berada di ranking kedua.

"Raneem merupakan pemain hebat dan saya harap dapat bermain dengan baik esok," tambah pemain nombor satu dunia ini.

Selain itu, Wee Wern yang tewas pada aksi separuh akhir hari ini tetap berpuas hati dengan corak permainannya.

"Pada set terakhir (set kelima) saya cuba mengejar Raneem, namun agak terlambat walaupun kedudukan mata agak rapat.

"Sebelum ini juga saya tewas kepadanya pada aksi Terbuka KL, namun ketika itu dia belum berada di ranking kedua dunia.

"Kini aksinya kali ini lebih mantap sekali gus turut memberi tahap keyakinan saya dalam meningkatkan permainan seterusnya selepas ini," jelas pemain no.10 dunia ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan