Kien Keat, Boon Heong Akhirnya Berpisah

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kien Keat (kanan) dan Boon Heong akhirnya berpisah selepas enam tahun digandingkan bersama.
Kien Keat (kanan) dan Boon Heong akhirnya berpisah selepas enam tahun digandingkan bersama.

BEREGU lelaki terkemuka negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong akhirnya berpisah selepas enam tahun digandingkan bersama.

Koo dan Tan mula digandingkan bagi menghadapi Sukan Asia di Doha pada 2006 dan mereka berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan tersebut.

Pasangan itu juga pernah menduduki takhta beregu lelaki nombor satu dunia pada 2007 selain meraih kejuaraan kejohanan berprestij All-England pada tahun sama.

Namun, prestasi beregu itu dilihat mula merundum sejak tahun lepas apabila gagal mengekalkan momentum kejayaan mereka sehinggalah pada Olimpik London baru-baru ini, apabila pasangan ini hanya mendapat tempat keempat dalam acara beregu lelaki.

Pada Rabu lalu, mesyuarat exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM)sebulat suara membuat keputusan memisahkan mereka.

Namun keputusan tersebut tidak berkuat kuasa serta-merta memandangkan mereka masih diberi peluang bergandingan dalam beberapa siri kejohanan tahun ini.

Kien Keat dijangka akan bergandingan dengan Lim Khim Wah, manakala Boon Heong pula berpasangan bersama Goh V Shem.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan