Skuasy Terbuka Malaysia: Nicol Ditentang Sengit Sebelum Menang

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ditentang sengit oleh pemain Hong Kong, Annie Au sebelum mencatat kemenangan, 6-11,11-5,15-13,11-5 pada aksi suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2012, Khamis.

"Dia mempunyai peluang baik dan bersungguh-sungguh cuba mengutip mata dengan melakukan pukulan pendek.

"Namun saya gembira selepas menang 3-1. Yang pasti hari pertama bermain di gelanggang kaca agar sukar dan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

"Secara keseluruhan saya gembira dengan tiga kemenangan setakat ini," katanya selepas perlawanan.

Menunggu pemain nombor satu dunia ini pada saingan separuh akhir esok (Jumaat) ialah pemain keempat dunia dari England, Laura Massaro yang telah menewaskan Nour El Sherbini (Mesir) pada aksi sama hari ini.

"Sudah pasti esok bakal menyaksikan perlawanan sengit. Laura pemain hebat, tetapi saya akan cuba bermain dengan baik.

"Ia satu kelebihan bermain di gelanggang ini. Saya juga akan cuba kekal konsisten sebaik mungkin," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan