Terbuka Amerika Syarikat: Murray Rangkul Gelaran Grand Slam Pertama

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Murray mencium trofi Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan Djokovic pada aksi final, Selasa.
Murray mencium trofi Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan Djokovic pada aksi final, Selasa.

ANDY Murray menjadi pemain British kedua selepas Fred Perry pada 1936 memenangi kejuaraan Grand Slam di Terbuka Amerika Syarikat (AS) menewaskan penyandang juara, Novak Djokovic dari Serbia, 7-6 (12/10), 7-5, 2-6, 3-6, 6-2 pada aksi awal pagi Selasa.

Pemain berusia 25 tahun dari Scotland itu sebelum ini tewas dalam empat final kejohanan Grand Slam namun pada aksi hari ini dia berjaya memenangi hadiah wang tunai bernilai AS1.9 juta.

Namun sebelum itu, Murray terpaksa bekerja keras untuk menewaskan Djokovic dengan menyaksikan perlawanan diheret hingga ke lima set, lebih kurang empat jam.

"Ia satu permainan yang sukar. Selepas set ketiga dan keempat ia sangat menguji kekuatan mental saya.

"Novak terlalu kuat. Saya tidak pasti bagaimana perlawanan ini berakhir," jelas Murray.

Perjalanan Murray untuk meraih gelaran ini bukanlah mudah kerana dia telah beberapa kecewa pada peringkat final kejohanan Grand Slam sebelum ini.

Murray menjadi pemain British pertama yang mara ke final Grand Slam sejak Greg Rusedski (1997) ketika dia bermain pada kejuaraan di New York 2008, namun tewas straigh set kepada Roger Federer.

Pada tahun 2010 juga, Murray mara ke final Terbuka Australia dan kalah kepada Djokovic, straight set.

Pada tahun ini, Murray telah melantik bekas pemain nombor satu dunia, Ivan Lendl sebagai jurulatihnya.

Hasilnya, dia telah menjadi pemain Britain pertama mara ke final Wimbledon sejak Bunny Austin melakukan penampilan itu pada tahun 1938. Namun dia tewas sekali lagi kepada Federer namun menang dalam set permainan.

Beberapa minggu selepas itu, Murray berjaya mencatat rekod dengan memenangi pingat emas Sukan Olimpik Jun lalu dengan menewaskan Federer.

Dan kejayaaan di New York ini sekaligus memadam rekod 76 tahun Perry dan juga turut mencatat sejarah perlawanan final paling panjang bagi Terbuka Amerika Syarikat.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan