Skuasy Terbuka Malaysia: Nicol Dipaksa Bekerja Keras Sebelum Menang

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas pemain India, Joshna Chinappa, 11-3, 12-10, 11-9 pada pusingan pertama Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2012 yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Selasa.

Nicol yang baru menjulang trofi Terbuka Australia bulan lalu menewaskan Chinappa dalam tempoh 35 minit.

"Pada set pertama saya hanya bermain permainan saya dan Joshna banyak melakukan kesilapan dan ia memberi peluang untuk saya mengutip mata.

"Namun pada set kedua dia mengekori rapat sehingga kedudukan sama dalam set itu (10-10) sebelum saya menang," jelas pemain nombor satu dunia ini.

Juara tujuh kali kejohanan ini bakal bertemu pemain dari Australia, Donna Urquhart pada pusingan kedua selepas pemain ke-16 dunia itu turut menewaskan Lucie Fiolova (Republik Czech), 11-4,11-6,11-4 pada aksi sama hari ini dalam tempoh 32 minit.

"Bagi perlawanan kedua esok (Rabu), saya akan bertemu Donna dan kami pernah bertemu sebelum ini.

"Saya harap kami akan mempamerkan permainan yang terbaik nanti," kata Nicol.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan