Andy Raih Pendapatan Luar Gelanggang RM31.7 Juta

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Tenis, Andy Murray meraih pendapatan di luar gelanggang 6.4 juta pound (RM31.7 juta) tahun lepas.

Pemuda Scotland berusia 25 tahun ini memegang kontrak iklan bagi barangan jenama sukan Adidas, jam tangan Swiss dan bank RBS.

Beliau turut dikatakan bakal menerima pendapatan berganda tahun depan selepas menentang Tomas Berdych di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Pemenang pingat emas Olimpik ini merupakan warga Britain pertama yang memasuki pusingan akhir persorangan lelaki Wimbledon dalam tempon 74 tahun.

"Seorang pemain boleh memperoleh jutaan (pound) apabila memenangi pertandingan tetapi ia jauh lebih bernilai daripada terma komersialnya.

"Banyak syarikat yang sanggup mendapatkannya unuk produk mereka... dan mereka bersedia untuk membayar wang yang banyak.

"Jika dia meneruskan pencapaiannya, tiada siapa yang dapat memberitahu pendapatan yang boleh diperolehinya," kata seorang sumber.

Akaun bagi syarikat beliau, Parched Investments menunjukkan beliau memperoleh 5.4 juta pound (RM16.75 juta) dalam barangan, dan 940,000 pound (RM 2,916,265) bagi bayaran kemunculannya bagi tahun kewangan berakhir November 2011.

Dengan kekayaan berjumlah 24 juta pound (RM74.45 juta), beliau merupakan ahli sukan ketiga terkaya di United Kingdom, di belakang pemain bola sepak Manchester United, Wayne Rooney dan bekas juara F1, Lewis Hamilton.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan