Terbuka Amerika Syarikat: Sharapova, Azarenka Mara ke Pusingan Keempat - Raket | mStar

Terbuka Amerika Syarikat: Sharapova, Azarenka Mara ke Pusingan Keempat

Diterbitkan: Ahad, 2 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Sharapova sebelum menewaskan pemain tuan rumah, Burdette pada aksi pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat, Sabtu.
Aksi Sharapova sebelum menewaskan pemain tuan rumah, Burdette pada aksi pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat, Sabtu.

MARIA Sharapova meneruskan aksi menarik untuk mara ke pusingan keempat dengan menewaskan pemain tuan rumah, Mallory Burdette 6-1 6-1 pada saingan pusingan ketiga, awal pagi Sabtu.

Juara Terbuka Perancis dari Rusia ini hanya mengambil masa 58 minit untuk menghantar balik pemain yang berada di ranking 252 dunia itu.

"Saya jangkakan perlawanan ini sengit. Dia seorang pemain yang berbahaya jika diberi lebih ruang," jelas Sharapova.

Burdette,21, beraksi dengan tiket wild card pada kejohanan ini dilihat tidak cukup masa untuk beraksi lebih baik sebelum ditewaskan Sharapova.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka tidak menghadapi masalah untuk tewaskan pemain China, Zheng Jie 6-1 6-0 kurang daripada sejam untuk mara ke pusingan keempat.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan