Roddick Bersara Selepas Tamat Terbuka Amerika Syarikat

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roddick menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2003.
Roddick menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2003.

BEKAS pemain nombor satu dunia, Andy Roddick bakal bersara selepas tamatnya Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat yang kini sedang rancak berlangsung di New York.

Juara 2003 ini mengumumkan niatnya itu ketika sidang media pusingan kedua dan membuat kejutan ketika hari lahirnya ke-30 tahun pada Khamis.

"Saya akan membuat kenyataan secara ringkas dan menarik. Saya telah mengambil keputusan bahawa kejohanan ini adalah yang terakhir dalam karier saya.

"Sudah tiba masanya. Saya tidak yakin sama ada saya cukup cergas atau mampu memberi komitmen untuk tahun-tahun akan datang. Saya sentiasa mahukan itu, dalam keadaan yang sempurna untuk menamatkan kejohanan ini," jelasnya.

Pemain yang berada ditangga ke-20 dunia ini bakal bertemu lawan berusia 20 tahun, Bernard Tomic dari Australia pada pusingan kedua awal pagi Sabtu.

"Saya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada semua. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, dan saya harap ia akan berjalan lancar," tambah pemain kelahiran Omaha ini.

Selain menjuarai kejohanan ini sembilan tahun lalu, Roddick turut mencatat 32 gelaran perseorangan dan empat gelaran juara beregu sekaligus mengumpul sebanyak $20,517,390 (RM 64,157,876 juta) sepanjang kariernya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan